Ikuti kami di Facebook

Khasiat Ditambah dan Digandakan

Tambahan ekstrak 7 jenis buah-buahan, kekacang dan herba

Kebaikan Berganda Susu Istimewa ini dimulakan dengan tambahan 7 jenis ekstrak buah-buahan, kekacang dan herba. Setiap satu mempunyai khasiat yang tersendiri.

Gabungan ketujuh-tujuh jenis buah-buahan, kekacang, herba istimewa itu membantu memberikan khasiat tambahan yang diperlukan untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Kebaikan berganda diteruskan lagi dengan penambahan AHA, DHA, Lysine dan Kalsium. Kesemua zat-sat penting itu memang diperlukan untuk ketajaman minda, penglihatan, tumbesaran, kecergasan badan dan tulang yang kuat.

Jadi, kini, dalam segelas IQRA MILK anda mendapat:

— Khasiat susu yang diimport dari New Zealand

— Khasiat 7 jenis buah-buahan, kekacang dan herba

— Zat-zat tambahan AHA, DHA, Lysine, Kalsium

— Dan sudah tentu bacaaan 30 juzuk ayat-ayat al-Quran.

Membeli IQRA MILK dengan mudah —



Khasiat Kismis

Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur sama ada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar.

Antara jenis2 kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante Currant, Muscat dan Thompson seedless. Kismis mempunyai saiz sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal.

Ia juga mempunyai rasa yang manis seperti gula.

Kismis selalunya berwarna perang dan biru seakan hitam. Nama saintifik bagi kismis adalah Vitus vinifera.

Di samping enak rasanya, kismis mengandungi khasiat semula jadi berikut:

— Membantu menajamkan minda.

— Sebagai Anti-Oksidan.

— Mengandungi Boron untuk tulang yang sihat.

— Meningkatkan tenaga.

Khasiat Kurma

Kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, odium, potassium, vitamin A, C dan niacin.

Kurma berkesan untuk merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit. Khasiat kurma juga terbukti dalam mengatasi masalah insomnia. Individu yang mengalami masalah batuk pula boleh mengamalkan pengambilan kurma dalam menu harian mereka kerana keberkesanannya menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong seterusnya mampu menghentikan batuk.

Bagi kanak-kanak, kurma membantu mencergaskan minda, menguatkan daya ingatan serta membantu tumbesaran. Manakala untuk wanita, kurma dapat mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Juga terbukti berkesan dalam memanaskan tubuh, mencegah penyakit barah, melancarkan peredaran darah, merawat penyakit buah pinggang dan membersihkan hati.

Khasiat Badam

Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese.

Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi berbagai masalah kesihatan.

Antara lain khasiat badam:

— Mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung

— Menghalang obesiti (kegemukan)

— Meredakan Diabetes

— Menghalang Osteoporosis

— Mengurangkan risiko Alzheimer

Khasiat Delima

Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese.

Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi berbagai masalah kesihatan.

Antara lain khasiat badam:

— Mengurangkan paras kolesterol, merendahkan risiko darah tinggi dan serangan jantung

— Menghalang obesiti (kegemukan)

— Meredakan Diabetes

— Menghalang Osteoporosis

— Mengurangkan risiko Alzheimer

Khasiat Buah Tin

Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan kahak, mengurangkan batuk yang berpanjangan serta melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati (liver), jantung dan membersihkan lendir dalam usus.

Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.

Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.

Kandungan nutrisi dalam buah tin kering adalah seperti berikut: Protin 4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm; Karbohidrat 63.4gm; Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi 3mg; Vitamin C 1mg.

Khasiat Strawberi

Warna merah pada buah strawberi bermaksud kaya dengan pigmen warna antosianin yang tinggi. Selain antioksidan, ia juga kaya dengan serat, rendah kalori dan mengandungi vitamin C, folat, potasium serta asid ellagic.

Antara lain khasiat penting strawberi:

1. Membantu menurunkan kadar kolesterol

2. Membantu melumpuhkan kerja aktif kanser kerana asid ellagic yang terdapat di dalamnya.

3. Mengurangkan gejala strok.

4. Kaya Vitamin C yang amat bagus untuk pertumbuhan kanak-kanak.

5. Efektif sebagai anti-oksidan.

6. Dapat menghaluskan kulit dan membuatkan warna kulit lebih cerah dan bersih.

Khasiat Zafraan

ZAFRAN atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, paling wangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.

Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain. Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin.

Antara khasiat Zafran adalah:

— Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil.

— Merawat masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema.

— Merawat sakit kepala atau migrane, asma, muntah-muntah, penyakit buah pinggang.

— Sukar tidur malam (insomnia).

— Merawat masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser.

— Merawat bengkak hati atau hipatitis A dan B.

— Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut.

— Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut.

— Menambahkan tenaga.

— Merawat masalah sembelit.

— Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak.

— Membantu awet muda dengan kulit cerah dan bersih.

— Sebagai bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing.

— Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi.

— Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu.

—Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan.

Membeli IQRA MILK dengan mudah —